Monday 4 November 2013

~~ ni yang malas ni..~~

Bila member aku cakap muka dia dah ada petanda lanjut usia
pipi dah jadi labuh. aku gelak.

"kita 25 pon belum"

"tapi muka ko pon sama la"

ok fine.

oleh itu aku pon mulalah risau.
Kawan-kawan pakat kahwin.
Junior junior pakat pakat bertunang.
Malah pipi juga semakin labuh.

aku? masih mencari 'Mat John Lennon' sama macam dalam 'Bohemian'
ada?
dan aku masih mengadap journal-journal untuk Ethics engineering.
Berani betol diorang reject journal yang aku submit.
serta masih serabut nak buat review paper untuk FYP.

P/s: bila serabut dengan FYP mula la nak pikir jodoh..haishh
P/s: kepada 'Mat John Lennon' di luar sana, jangan lupa tinggalkan no telepon di ruangan komen. Terima kasih.



Tuesday 15 October 2013

~nanti aku pikir tajuk apa sesuai~

Assalamualaikum

Kalau aku kuat, ini jam aku kasik tukar 360 darjah.
Berubah kasik apa 'Tuan' aku mau.
Tapi sayang iman yang lebih nipis dari kulit bawang
Bikin aku jadi lalang, Allah...
Moga diberi kekuatan
Diterangkan jalan
Itu aku punya harapan

Tapi titik tolak bukan dari aku?
nak dengan tak. mudah tapinya..
Allah..

Wednesday 1 May 2013

~hari lahirku dicemari bau busuk~

hah ya. Dengan penuh rasa bangga dan mendabik dada aku nak bagitau hari pekerja merupakan hari lahir aku. tapi tahun ini dicemari bau busuk.
bukan apa,  awal-awal pagi aku dah cirit.

kan aku pernah cakap aku tiap-tiap bulan mesti cirit. Merasa jugak lah dalam sebulan tuh sehari perut aku flat. Dan dan terasa badan ringan seperti kapas. Exaggerate gila.

Aku rasa masa nak kahwin nanti aku kena bagitau bakal suami aku camni.

"awak saya ada resdung malah cirit tiap tiap bulan juga. masih sudi kah awak mengahwini saya?"

gamak dia nak batalkan perkahwinan tuh, memang aku libas tengkuk dia sebanyak 37 kali. hoh


p/s: tak boleh nak menaip lama-lama, jamban memangil manggil. Ayuh.

Tuesday 9 April 2013

~jeli~




 Aku bukan lah penggemar PAVLOVA RED VELVET, RAINBOW CAKE, MACAROON. Mungkin aku tak cukup stylo. Aku tengok yang suka makan benda-benda ni, orang yang stylo mylo, yang pakai selendang  4 5 lapis, baju pon berlapis2, dengan aksesorinya, dan mereka cantik dan macam orang kaya. Makan tempat mahal-mahal. Jeles I.

 Namun...
Aku rasa aku adalah pemakan jeli tegar. Kalau aku ke mydin ayer keroh tu, sure aku sapu dua bungkus. Sekali makan sebungkus. Sebab tu aku beli dua. Kalau aku beli banyak, potensi untuk kaki aku dipotong amatlah tinggi. Janganlah tak kawen lagi ni woii.

Tak tahu kenapa, kalau cuti sem ni nafsu makan macam puaka. Padahal kat rumah sewa pon nafsu makan macam ada hantu raya dalam badan. Semua benda aku teringin nak makan. Ini tetiba aku teringin dadih. Disebabkan mak sakit lutut, so aku terpaksarela buatlah dadih instant. Walaupun instant sumpah aku rasa hebat walaupun banyak onak duri aku lalui.

Oh ya, sekejap iklan, disebabkan mak sakit lutut tugas masak memasak didapur aku take over. Biasanya aku masak tapi tak mandi. Sebab tu kadang-kadang abah tambah dua kali. Sedap katanya. Hahaha.. 

Ok berbalik pada dadih kita tadi, mak kata ikut ja arahan dekat pek tuh. Disebabkan aku ni lurus, memang aku ikot betol. Natijahnya air tak sempat mendidih aku dah masukkan susu cair, dan susu cair itu dengan riang gembira mengapungkan diri di permukaan seperti muntah susu budak. Kecewa.
Aku intai-intai mak tengah solat maghrib. Fuhh lega. Kalau tak kena bising. Cepat-cepat aku beli susu dekat kedai belakang rumah. Malangnya aku tersangkut dekat ‘traffic light’. Sembang-sembang pung pang dengan member lupa kejap aku dekat dadih atas dapur. Balik rumah, mak dah jelling. Aku sengih..
1 2 3….
“awat yang jadi lagu tuh..bla..bla..bla…”mak fire nonstop.
Last skali “buat dadih instant ja pon”. Oh jatuh saham aku sikit.

Tapi at the end jadi la jugak. Aku syak kalau aku jual kat bebudak fardhu ain yang lalu depan umah nih, lepaslah kalau buat duit topup. Tengoklah macam mana.



Friday 5 April 2013

~kuatnya~

Assalamualaikum :)

akhirnya aku dah jumpa kekuatan aku.yakni (amboi..yakni) dalam dua perkara:
1= kuat tidur
2= kuat berangan/mengelamun
tak payah lah nak beradu kekuatan dengan aku dalam hal yang dua ni, kompom aku menang.

aku syak aizat syok kat aku. sumpah.
jangan tanya aku. aku pon tengah mempersoalkan tentang hal itu. tak percaya?
dah tu kenapa dia buat lagu ni?
dia macam dapat baca hati dan fikiran aku. Ah malulah cenggini. Kot iya pon tayah la nak habaq kat semua orang kan.


hari-hari aku fikir. Setakat fikir. Jarang aku berusaha untuk ubah. Pemalas serba serbi.
Jangan takut buat bini, nanti aku ubah lah hahhaha.




Wednesday 3 April 2013

~rmacam biasa~

Assalamaualikum :)

macam biasa tuh aku nak rujuk kepada 'macam biasa aku tak tak tau nak tempek tajuk apa'.

macam biasa jugak, kening aku mula nak bercantum setiap kali lepas jawab test.
Lama sangat dah aku tak senyum bila pensyarah cakap "letak pen".

Yang aku ingat, aku pernh menangis merayu rayu dekat cikgu suruh bagitau jawapan soalan exam yang bapak payah. Sayangnya walaupun berwajah polos lagi comel bersama air mata berjurai jurai masih tak dapat melembutkan hati cikgu tersebut. Hilang macho aku, tercalar ego.
Yup...itu masa aku dekat tadika, umur 5tahun. Soalan  suai dan padan. Susah woii..

dan macam biasa aku banyak benda nak cerita..
semua aku nak muntahkan, cerita sekali harung.
tapi end up aku tak tau nak tulis apa hahah

 oh ya aku tak sabar nak tunggu cuti sem sebenarnya. Bukan ada orang masuk meminang pon, kalo sunggoh ada, kompom aku dah terhedik-gedik nak balik hahaha.
Rindu hendak menggomol dan digomoli. Jauhi warna kebiruan.

Rindu nak gomol anak buah aku sebenarnya. Tak nampak lagi aku sukakan budak-budak? maaf tak sengaja ternaikkan saham sendiri. Elok aku berhenti sebelum aku mencarut yang bukan-bukan.

p/s:tekanan kalau kau nak lepak dengan member tapi masing-masing telefon kat tangan macam kena gam. Spoiled.

 

Friday 8 March 2013

~jatuh cinta lagi~

Assalamualaikum :)

aku bet kau yang kat luar sana, sure pernah jatuh cinta?
bezanya cinta kau dibalas, atau kau syok sendiri. Then bertambah lah ahli kelab 'selamanya sendiri'= foreveralone.

aku pasti dua benda ja yang kau akan rasa kalau dah jatuh cinta.

1. kau neves melampau bila orang yang kau syok sangat tuh depan mata.
 
2. kau jadi psiko abes.

macam aku sekarang..rasa macam duduk atas pelangi sambil makan skittles.
By the way, aku sampai sekarang tak boleh terima motif iklan skittle ni tau.


aku kena admit yang aku terlalu jatuh cinta kepada si lelaki dan cemburu kepada suara perempuan itu.kenapa terlalu sedap? kenapa?

refer kepada no. 2. yess panggil aku psiko. bukak akaun twitter semata-mata nak follow si lelaki cool ini. siap warning member jangan follow aku. susah nanti aku nak bermesra-mesra.

tapi cinta aku ni bertepuk sebelah tangan lah aku rasa. tweet aku tak pernah dia nak balas.
aku dah cuba jadi se caring mungkin. se loving mungkin. atau ini mungkin onak duri yang harus aku tempuh.

"hai awak..awak yang cool..sihat?"

"awak dah mam? lunch jom :)" siap insert smiley tau

mungkin dia tak sudi nak google translate.

p/s: tak payah nak mam mam sangatlah..geli titew.
 


Thursday 28 February 2013

~aku dan usia~

Assalamualaikum :)

tahu tak 'hahaha' mahupun 'kehkehkeh' adalah penting untuk menujukkan benda tu lawak, walaupun hanya kau ja rasa benda tuh lawak.

sekarang aku rasa aku tak tau dah nak menulis cerita bagi orang senyum atau ketawa or at least komen dia 'bahahaha' ataupun 'muahahahhaa'

kalau sebelum blog aku 'hilang' dulu, entri entri aku asyik cerita pasal cirit berak dan sewaktu dengan itu. Oh tanpa segan silu. seperti pakar cirit gaya dia. ya untuk yang tak tahu, aku ni pencirit tegar. tiap-tiap bulan dah macam wajib cirit. selekeh.

sekarang macam dah tak sesuai cerita cirit cirit nih, faktor peningkatan usia mungkin.
~sighh~

petanda peningkatan usia:

1.kawan-kawan sibuk kahwin/bertunang.
dan dan aku pon nak satu,

"mak nak kahwin, tapi laki tu kena muka macam ustaz yang kita jumpa hrituh, keja petronas"

"haaa harituh gatai nak sambung blajaq la galak nak kawen, by the way, kita tu segak sangat ka nak yang macam tuh?"

ok mak aku tak tau pon apa benda 'by the way' tuh. comelkan mak?

2. sabtu ahad yang bosan.

seperti foreveralone. aku boleh mati bosan bila duduk dekat rumah sewa. nafsu untuk keluar jalan jalan sambil cuci mata tengok jejaka kacak lalu lalang seperti berada di bawah paras beku.
kau jangan nak fikir aku sudah tukar selera kepada kaum sejenis, kecik hati aku nanti.

biasanya sabtu ahad, aku lebih bernafsu pada 'abang'.
gila sadis foreveralone yang tiada life. waddaa!!??
oh ya 'abang' nama manja untuk tilam aku. panggil aku weirdo hahahaha.

3. mula berfikir.

maksud aku berfikir dengan lebih matang. eh? ke sama ja? hahhaha
dan aku cuba untuk tutup lompong2 yang terlalu banyak dalam diri aku ni,
supaya lebih dekat dengan Dia. cuba untuk istiqamah. perlahan lahan, harap berksempatan.

tapiii..walaupun usia meningkat,

aku still suka  gelak sambil tepuk meja kat kedai makan sampai berjujuran air mata, tak kisah la kalau ada abang macho yang tengah usyar aku time tuh. perasan.

masih gigih untuk mengumpul komik conan walaupun mak cakap budak darjah satu ja yang baca conan ni.

finally aku rasa aku sangat feminim, sebab ada perasaan untuk berkahwin, auwwwww...walaupun seorang mak cik ada tanya mak aku,

" tu anak laki ka pompuan?" muka macam konpius abeh.

dia tanya macam tuh lepas tengok aku yang bersweater, helmet visor gelap tengah tongkatkan motor.
wadda?!!

p/s: kena jalan extra kepit ke cemana nih?