Tuesday 9 April 2013

~jeli~




 Aku bukan lah penggemar PAVLOVA RED VELVET, RAINBOW CAKE, MACAROON. Mungkin aku tak cukup stylo. Aku tengok yang suka makan benda-benda ni, orang yang stylo mylo, yang pakai selendang  4 5 lapis, baju pon berlapis2, dengan aksesorinya, dan mereka cantik dan macam orang kaya. Makan tempat mahal-mahal. Jeles I.

 Namun...
Aku rasa aku adalah pemakan jeli tegar. Kalau aku ke mydin ayer keroh tu, sure aku sapu dua bungkus. Sekali makan sebungkus. Sebab tu aku beli dua. Kalau aku beli banyak, potensi untuk kaki aku dipotong amatlah tinggi. Janganlah tak kawen lagi ni woii.

Tak tahu kenapa, kalau cuti sem ni nafsu makan macam puaka. Padahal kat rumah sewa pon nafsu makan macam ada hantu raya dalam badan. Semua benda aku teringin nak makan. Ini tetiba aku teringin dadih. Disebabkan mak sakit lutut, so aku terpaksarela buatlah dadih instant. Walaupun instant sumpah aku rasa hebat walaupun banyak onak duri aku lalui.

Oh ya, sekejap iklan, disebabkan mak sakit lutut tugas masak memasak didapur aku take over. Biasanya aku masak tapi tak mandi. Sebab tu kadang-kadang abah tambah dua kali. Sedap katanya. Hahaha.. 

Ok berbalik pada dadih kita tadi, mak kata ikut ja arahan dekat pek tuh. Disebabkan aku ni lurus, memang aku ikot betol. Natijahnya air tak sempat mendidih aku dah masukkan susu cair, dan susu cair itu dengan riang gembira mengapungkan diri di permukaan seperti muntah susu budak. Kecewa.
Aku intai-intai mak tengah solat maghrib. Fuhh lega. Kalau tak kena bising. Cepat-cepat aku beli susu dekat kedai belakang rumah. Malangnya aku tersangkut dekat ‘traffic light’. Sembang-sembang pung pang dengan member lupa kejap aku dekat dadih atas dapur. Balik rumah, mak dah jelling. Aku sengih..
1 2 3….
“awat yang jadi lagu tuh..bla..bla..bla…”mak fire nonstop.
Last skali “buat dadih instant ja pon”. Oh jatuh saham aku sikit.

Tapi at the end jadi la jugak. Aku syak kalau aku jual kat bebudak fardhu ain yang lalu depan umah nih, lepaslah kalau buat duit topup. Tengoklah macam mana.



Friday 5 April 2013

~kuatnya~

Assalamualaikum :)

akhirnya aku dah jumpa kekuatan aku.yakni (amboi..yakni) dalam dua perkara:
1= kuat tidur
2= kuat berangan/mengelamun
tak payah lah nak beradu kekuatan dengan aku dalam hal yang dua ni, kompom aku menang.

aku syak aizat syok kat aku. sumpah.
jangan tanya aku. aku pon tengah mempersoalkan tentang hal itu. tak percaya?
dah tu kenapa dia buat lagu ni?
dia macam dapat baca hati dan fikiran aku. Ah malulah cenggini. Kot iya pon tayah la nak habaq kat semua orang kan.


hari-hari aku fikir. Setakat fikir. Jarang aku berusaha untuk ubah. Pemalas serba serbi.
Jangan takut buat bini, nanti aku ubah lah hahhaha.




Wednesday 3 April 2013

~rmacam biasa~

Assalamaualikum :)

macam biasa tuh aku nak rujuk kepada 'macam biasa aku tak tak tau nak tempek tajuk apa'.

macam biasa jugak, kening aku mula nak bercantum setiap kali lepas jawab test.
Lama sangat dah aku tak senyum bila pensyarah cakap "letak pen".

Yang aku ingat, aku pernh menangis merayu rayu dekat cikgu suruh bagitau jawapan soalan exam yang bapak payah. Sayangnya walaupun berwajah polos lagi comel bersama air mata berjurai jurai masih tak dapat melembutkan hati cikgu tersebut. Hilang macho aku, tercalar ego.
Yup...itu masa aku dekat tadika, umur 5tahun. Soalan  suai dan padan. Susah woii..

dan macam biasa aku banyak benda nak cerita..
semua aku nak muntahkan, cerita sekali harung.
tapi end up aku tak tau nak tulis apa hahah

 oh ya aku tak sabar nak tunggu cuti sem sebenarnya. Bukan ada orang masuk meminang pon, kalo sunggoh ada, kompom aku dah terhedik-gedik nak balik hahaha.
Rindu hendak menggomol dan digomoli. Jauhi warna kebiruan.

Rindu nak gomol anak buah aku sebenarnya. Tak nampak lagi aku sukakan budak-budak? maaf tak sengaja ternaikkan saham sendiri. Elok aku berhenti sebelum aku mencarut yang bukan-bukan.

p/s:tekanan kalau kau nak lepak dengan member tapi masing-masing telefon kat tangan macam kena gam. Spoiled.