Tuesday 10 March 2015

~~ pfftttt~~

dia kan, bila kau masuk umo 25 tahun ke atas..
orang dah tak tanya kau dah, eh belajar kat mana ? kos apa?pffttt
orang sibuk tanya bila nak kawen bila nak kawen bila nak kawen..
emo akak cenggini!!

aku kalo boleh sekarang ni jugak nak kawen haaaa
kang kalo aku balas pertanyaan..awak nak mati bila?haaa sentap karang.
konsep dia sama ja kekdahnya..
Allah knows best.

awak tau tak..aku dah tak dapat gaji start bulan 1!! pffttt
kalau aku kurus jangan tanya la kenapa!!
Ni yang rasa nak pergi amek kursus menjahit nih..

aku rasa cam nak menulis buku. Ha ha ha ha.
hambarnya idea.

tengok...senirik nak ketawa pon dah tak berselera.

yang benar,
aku yang stress kau lagi nak tanya..

Saturday 3 January 2015

~Tahun baru~

Selamat tahun baru.

Fuh rasa macam baru ja grad.
Rasa macam baru ja kepala nak pecah siapkan thesis.
Rasa macam penat bertapa dalam lab siapkan fyp pon tak abes lagi
fuhhh fuhh.
Rasa macam baru semalam kecut perut nak present fyp.
All those are memories. sweet memories indeed.

Nampak tak masa cemana dia punya cepat perginya?
Alhamdulillah.. menganggur jugak 3 bulan sebelum dapat kerja
Siriyes! Aku rasa aku ditakdirkan untuk jadi suri rumah.
Sebab Bosan weh kerja! tapi aku masih bekerja (dah kenapa engkau)

dan nampaknya tahun 2015:
soalan lazim, bila nak kawen?
aku pegang cakap member aku.. idop nih bukan setakat nak kawen je.
 Ini bukan falsafah forever alone. aku tampo karang!
hahahah

rutin aku tahun ni wish kengkawan
selamat pengantin baru..eh comel nau baby nya

duhh.. sadis betol.

Tapi banjir pantai timur memang terkesan di hati. Allah.
semoga kalian terus tabah.

Dan aku? semoga menjadi insan yang lebih baik dari sebelumnya.

p/s: mulai esok aku nak jalan sambil senyum..kot bertemu jodoh kakakakak



Sunday 14 September 2014

~~merapu~~

Bila tiba harinya
Keyakinan mula goyah
Hati mati rasa
Suka entah campak kemana

Diingatkan pada diri, 
Aku bukan pemuja rahsia,
Pujaku hanya untuk yang Esa

Semoga masih bersisa rasa,
Ditetapkan hati, dimudahkan jalan
Aku hanya
pemerhati dikejauhan,

Kamu,
Moga Tuhan jaga dan izinkan.



Tuesday 26 August 2014

~ Seorang Rihana~

Assalamualaikum

Ini adalah entri beremosi, kahkahkah..
aku warning, entri panjang, cerita bosan.

aku tetiba teringat dekat kawan aku rihana. Oh bukan rihana under my umbrella eh .ehh .ehh. Bukan yang tu. Kalau yang tu dah lama aku skolahkan beliau, pekehal keluar rumah pakai bathrobe!!

Rihana ni adalah seorang berrbangsa Burma. Yes. Kan masa kita kecik-skolah rendah, petang pergi skolah agama/skolah arab kan, ha dia satu skolah arab dengan aku. Disebabkan mak ayah dia bukan warganegara Malaysia, dia tak boleh nak sekolah keb. waktu tu la kalau aku tak salah. Mak ayah dia datang sini cari rezeki. Kira dia pon lahir kat sini.

Engkau jangan la bayangkan Burma sindiket jual sticker Bismillah tuh. Mak Rihana jual kerongsang yassin, etc. dan mak dia sentiasa berbaju kurung dan wangi. Rihana hmm...
dia cantik. Bukan selekeh macam aku waktu skolah rendah haha. Yes, Rambut dia panjang dan lurus (pegi skolah pakai tudung..standard lah budak). Bulu mata lentik. Hidung mancung tajam. Kulit sawo matang. Bab ni aku memang kalah tanpa bertanding.

Masa mula-mula tuh, Rihana takde kawan. Burma, Sape je nak kawan. Mentaliti budak-budak. Aku ok sebab kesian la dia weh, sorang-sorang. Tapi, disebabkan tak tahan kena nganjing..

"eeii kawan dengan burma"

"cewahhh syok la kawan dengan Burma"

 perghh..sakit hati punya pasal, sampai sekarang aku ingat perbuatan aku yang melampau.. masa Rihana datang dekat aku waktu rehat, aku tolak dia kat dinding, aku macam nak cekik dia time tuh (anggap jelah pengaruh drama Maria Mercedes),

"aku tamau kawan dengan hang..aku tak suka hang..bla..bla.."

Rihana menangis.

Dalam kelas aku rasa bersalah sangat-sangat. Aku tak ingat yang ni, tapi aku rasa Rihana dah tak datang sekolah, Lama gila. Sampai ustazah pon tanya.

Aku makin rasa bersalah, satu petang tuh aku amek basikal cari Rihana dekat rumah dia. Dengar suara ayah dia batuk batuk. Mak dia kenal aku. Dia selalu cerita pasal aku dekat mak dia, pasal cekik?? Lepas berapa minit tunggu Rihana balik dari mana entah.

Rambut dia pendek, Rambut dia yang cecah pinggang dah tinggal paras bahu.
Aku pujuk dia suruh pergi sekolah. Dia taknak, Dia cakap buat apa pegi, semua orang tak suka dia.
Bammm!! Tepat.

Esok Rihana datang sekolah, aku mintak maaf. Kitorang baik balik. Rapat sangat. Dia selalu belanja aku makan. Cerita artis-artis hindustan (Hrithik Roshan especially) . Cerita pasal Tomok, oi New Boyz top nak mati waktu tuh. Dia sanggup beli majalah mangga potong gambar Tomok pastuh bagi aku. yeeww Loser gilaa aku rasa hahaha.

Masa tu Rihana ada masalah jugak, kesian dia, kena paksa kahwin. Standard. Burma 10 tahun pon dah kena kawen. Tapi masalahnya mak sedara dia yang kepoci. Mak ayah dia macam tak boleh nak campur lah.

Abeh UPSR Rihana duduk dengan famili angkat melayu dekat Kedah. Awal tuh aku rindu gak dengan dia. Aku ramai kawan kat kampung, tapi Rihana lain. Awal tuh dia ada jugak telepon rumah aku. Lepastuh lost contact. Sampai sekarang.

Masa aku sek.men aku duduk asrama. Masa balik cuti tuh, ada surat, tak bertuan. Suruh teka dia sapa. Aku syak Rihana. Aku tak boleh reply surat tu sebab dia tak letak alamat. Tapi keychain yang orang tu kirim, aku simpan sampai sekarang,

"Tiada lebih membahagiakan selain ketenangan dan Teman sejati" keychain tu.

Dan lepas 11 tahun, dekat sebuah shoping complex, aku tengah tunggu member,

"khalilah kan?"

aku perati ja muka dia ni nak ingatkan sape..

"Rihana??????"

Sriyesly... aku speechless gila! macam patung, shes married. Ada sorang anak perempuan waktu tu. Comel. Dia tinggal kat Ipoh, husband dia meniaga. Aku sempat tengok sekilas, husband dia pon kemas ja pakai.

Disebakan aku patong waktu tu, aku tak sempat mintak no. dan dia pon tengah rushing
Kalau tak boleh aku tanya

"hang kan yang bagi surat tuh"

p/s: I just suddenly miss her ;(


Thursday 31 July 2014

~raya~

Orang cakap  raya setahun sekali, Nampak nau nipu. aku raya setahun 11 kali. Semua benda aku nak langgar. Makan macam tak cukup mulot. Al-Quran malas nak baca, solat sunat subuh jauh sekali.. (tak boleh cerita buruk lebih-lebih..jatuh saham mak).
Takkan definisi raya takat baju baru, semperit dan lagu raya bunkface yang blergghhh ja, ya dak?

cerita pasal raya,

1. aku tak suka kuih warna warni, hijau oren, pink ect

2. aku suka kuih yang bentuk tak semenggah, kira bentuk yang aci-tempek-pastuh bakar tapi rasa macam famos amos auwwww

3. semperit adalah biskut raya yang legend. Tapi stakat ni yang mak aku buat, mak kawan aku buat, dan akak ipar aku buat ja yang aku rasa sedap hahahahaha

4. aku tak suka ketupat. Tapi aku ada sejarah, tapi kes ni aku salahkan abang sepupu aku yang ajak aku melantak serupa esok last raya, padahal ada lagi 10bulan boleh raya apa. Abang aku buat open house, dah kenyang bedal laksa 2x tambah penuh mangkuk, bantai pulak ketupat. Nah tersandar kat kerusi lalu sesak nafas, sampai cuak akak ipar iolls.

5. Tiap-tiap kali ziarah sedara mara, "amboi kembungnya hang la ni"
tak, dorang cakap makin sihat. Aku saja ganti dengan kembung, supaya lebih bombastik dan exaggerate haha.

6. Orang lain sibuk bergambar bertiga. suami-isteri- anak kecik omeyomey dengan caption, 1st tiem rayew bertigew, taunw depanw bersyepuloh syebelas. Ada aku kesah?? (padahal aku sangat kesah). terseksa i tau hahahaa. dan diorang tak eja macam tu pon.

p/s: makin tua lalu tiada duit raya, cisss.

Thursday 24 July 2014

~~pendosa~~

kalau bulan ramdhan kat umah aku ni, terawikhnya 8, 4, tazkirah, 4, last witir.
Tapi ada dua tiga ayat usztaz yang sampaikan tazkirah tuh betol-betol tepat kena batang hidung aku.

1. datang masjid sempurna tutup aurat (pakai telekung kan..bawak motor pon rasa terbang-terbang ja haha)..dekat luar masyaAllah (termalu aku)

2. ibadat tu dah cukup ke nak tampung hidup dekat alam barzakh (yang lebih panjang dari hidup di dunia)..siriyes, boleh bilang dengan jari solat solat sunat yang lain tuh berapa kali sangat nak buat..

3.dah banyak sangat pahala ke yang tak henti-henti nak cari dosa, ini deep.

p/s: aku kekadang terfikir jugak..sampai bila nak macam ni, harap diberi kesempatan aminnn

Saturday 12 July 2014

~Allah~

Semoga saudara saudara aku terus kuat.
Aku hanya mampu berdoa untuk kalian T_T
#prayforGaza